Info Ekonomi Asas (EA)

Ekonomi Asas merupakan satu mata pelajaran yang berkaitan langsung dengan dunia dan masyarakat. Mata pelajaran ini dapat membantu murid memahami dunia moden dan membuat keputusan untuk membina dunia masa depan. Pembelajaran Ekonomi Asas dapat melatih minda supaya menjadi kreatif. Kemahiran-kemahiran generik seperti kemahiran interpersonal, mengurus dan menyelesaikan masalah dapat dilatih melalui mata pelajaran ini. Oleh itu, pengajaran yang hanya menumpukan pada penguasaan fakta isi kandungan adalah kurang sesuai untuk mencapai matlamat dan falsafah mata pelajaran ini. Oleh kerana mata pelajaran ini mempunyai kaitan langsung dengan dunia seharian, pengajaran sangat sesuai dilaksanakan melalui pendekatan-pendekatan yang berpusatkan murid supaya pembelajaran aktif sentiasa berlaku. 

Shoutbox