Berita Ekonomi

Berita Ekonomi Terkini dalam Malaysia
Berita Harian
The Star
Utusan Malaysia



Adakah kamu berminat dengan berita ekonomi? Sekiranya kamu rasa ianya adalah berat maka mari kita cuba baca artikel berikut ini, baca sahaja untuk dapatkan serba sedikit pengetahuan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang tanpa kita sedari ianya mungkin terkena pada batang hidung kita sendiri atau ahli keluarga kita yang terdekat atau siapa-siapa saja yang kita kenali.



Sekadar sebagai bacaan untuk kita renungkan, petikan dari laman web berikut http://beritasemasa.com/ekonomi-negara-malaysia-kini
Hanya beberapa perkara cikgu ketengahkan untuk kita sama-sama fikirkan tentang ekonomi negara kita ini.


Berikut merupakan hasil pandangan & penulisan salah seorang tokoh ekonomi iaitu Allahyarham Datuk Salleh Majid berkenaan ekonomi negara Malaysia sebagai panduan kita bersama.

Ekonomi Negara Malaysia : Daya Saing, Inovatif Dan Kreatif, Produktiviti Perlu Ditingkatkan.

Negara kita berhasrat nak tingkatkan daya saing negara. Satu hajat yang murni.  Sekarang bandingkan negara kita dengan 134 negara yang lain :
§  Kedudukan nombor 21
§  Dua tahun lepas nombor ke-19
§  Empat tahun sebelum nombor ke-16
Maknanya, kita dah jatuh. Laporan Daya Saing Dunia dari Switzerland (World Competitiveness Report) menyatakan orang yang buat bisnes dengan Negara kita beri beberapa faktor yang menjadi penghalang utama. Antaranya adalah:

1.       Nombor satu penghalang: Perkhidmatan awam yang kurang cekap
2.       Kedua, rasuah.
3.       Ketiga, jenayah dan kecurian (dua orang mengandung mati kena ragut, mat rempit menjadi-jadi, tengah tukar tayar, kena tembak di siang hari).
4.       Keempat, ketidakstabilan dasar (hari ini naik tol, esok tak jadi).
5.       Kelima, tenaga kerja yang kurang terlatih, bukan tak terlatih tapi kurang terlatih. Mana tidaknya, ramai orang Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebut saja rakyat mana – kita ada. Malahan ada kawasan yang dia kontrol
Jadi kita tengok jiran kita nombor lima. Rakyat dia satu per sepuluh daripada penduduk kita. Ini menunjukkan yang membuatkan sesebuah negara itu berdaya saing ialah bakat rakyatnya. Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing.
Negara kita mempunyai bermacam-macam hasil bumi tetapi bukannya makin naik sebaliknya makin menurun.

Macam saya tulis dulu, kalau setiap orang pekerja tambah kerja 10 minit sehari, kalau tiga juta pekerja dah ada 20 juta minit bertambah. Ini tidak – terlekat dengan kesesakan lalu lintas saja berjam-jam. Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.
Di mana datangnya inovatif dan kreatif pekerja kalau tidak diberikan latihan? Latihan untuk jadi inovatif dan kreatif tak sama macam pergi kelas biasa. Inovatif dan kreatif guna otak sebelah kanan, logik, matematik dan hujah guna otak sebelah kiri. Jadi macam mana nak digerakkan otak sebelah kanan.
Memadaikah kalau dengan menyuruh jadi inovatif dan kreatif. Kalau dia segan nak baca buku, (rakyat Malaysia baca purata dua halaman setahun), yang ada pengetahuan mana nak dapat ilmu?

Pelatih yang bakal melatih inovasi dan kreativiti sendiri mesti dilatih dahulu. Macam tongkat ali dah bertahun-tahun di hutan kita, orang luar datang buat macam-macam dengannya. Kita yang tidak kreatif. Amang bijih pun boleh jadi bahan perkilangan tapi bank kita akan tolak sebarang permohonan berkaitan perkara-perkara sebegitu. Jadi, satu golongan saja nak jadi kreatif dan inovatif, tak jadi juga.

Bila orang bank kita tak biasa dengan sesuatu yang pelik sikit, bukan dia nak cari pakar dalam bidang pelik tersebut, dia akan senang sahaja tolak permohonan.
Dunia sekarang, dunia pengetahuan. Ekonomi sekarang, ekonomi pengetahuan K-ekonomi. Kita sudah siapkah nak pindah kepada K-ekonomi? Inovatif dan kreatif bukan lagi K-ekonomi tetapi era konsep atau dunia konsep. Di mana kita dengan nanoteknologi misalnya?
DATO’ SALLEH MAJID ialah Felo Utama Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Dikesempatan ini, mari sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Apa yang anda baca di atas adalah hasil pandangan daripada penelitian & pengalaman beliau memegang jawatan yang besar di Bursa Malaysia dan tahu selok-belok ekonomi selama beliau hidup. Cuma  beliau bukan menteri yang “mencorakkanekonomi negara Malaysia” sekarang ini.

P/S : Apa pula penelitian & pandangan yang anda ingin kongsikan merujuk kepada penulisan Allahyarham Dato’ Salleh Majid ini mengenai ekonomi negara Malaysia masa kini?

No comments:


Shoutbox